Hadapilah Masalah Kehidupan Dengan Senyum

Bookmark and Share
Hadapilah Masalah Kehidupan Dengan Senyum



HIDUP memang akan terasa hidup jika kita hidup penuh kebahagiaan dan senyuman. Tidak hanya kerana senyum di bibir, tapi senyum di hati. Lalu bagaimana kalau senyum itu tiba-tiba berubah menjadi gelisah, takut, dan pahit?


Apakah kita akan lari dan terus berlari? Apakah dengan mengakhiri hidup ini  dengan meminum ubat nyamuk? Jelas itu bukan solusi yang betul dan mujarab. Kerana jika kita bersikap seperti itu, bukan bererti kita akan terbebas dari masalah. Malah akhirnya masalah akan semakin membesar.


Kalau kita menyedari hidup yang sesungguhnya adalah hidup dengan bermacam permasalahan dan beragam masalah. Kenyataan hidup memang tidak mudah, penuh kesulitan dan kepedihan. Bila dan di mana pun masalah kehidupan akan datang. Sedia atau tidak sedia. Suka atau tidak suka. Masalah kehidupan akan selalu datang. Hanya apabila masalah kehidupan itu datang kita sering kali tidak “peka”, dan menganggap ini sebagai kelemahan diri, tidak menganggap ini sebagai teguran dari-Nya.


Sebagai manusia,apabila masalah kehidupan datang, kita seharusnya mutlak membuka kesedaran bahawa Allah telah menguji kita. Tidak mungkin masalah kehidupan akan datang kalau tidak ada musababnya. Pasti ada yang salah dengan perilaku kita. Masalahnya, tidak semua orang mudah dalam menghadapi berbagai macam masalah kehidupan. Ada reaksi negatif yang menjadikan masalah kehidupan sebagai seksa. Dari sini pula tidak sedikit orang yang akhirnya putus asa. Semangat hidupnya tiba-tiba menjadi redup. Hidup akhirnya menjadi pelarian tiada akhir. Pada puncaknya bunuh diri sebagai tujuan akhir.


Akan lebih bijak jikalau kita menghadapi berbagai macam masalah kehidupan yang ada, dan tidak terus lari ataupun menghindar dari ketidak samaan hidup. Seberapa rumit dan besarnya masalah, asalkan kita mahu berusaha sepenuh hati untuk membaca kelebihan dan kekurangan pada diri kita. Ada kelebihan dalam diri yang harus dimunculkan dan dipupuk hingga menjadi kekuatan. Ada kekurangan dalam diri yang harus dibuang, disingkirkan, dan dikikis semampu mungkin. Dari situlah manusia mempunyai kekuatan untuk menata hidupnya untuk lebih baik lagi. Dan ingatlah dengan janji-Nya. “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (QS. Al-Baqarah [2] : 286).***




{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger