Orang Fasik Suka Mempertikaikan Hukum Hudud Akan Mendapat Laknat Allah Dunia dan Akhirat
Seperti mana yang dipaparkan didalam video ini :
?????????? ?????????
???? ????? ?????????? ??????????
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Umat Islam sering dikejutkan dengan berita-berita yang mengemparkan. Di akhbar arus perdana Sinar Harian hari ini 21 Oktober 2011, kita dikejutkan dengan beberapa ahli Parlimen melayu yang fasik mempertikaikan hukum hudud dan membuat dakwaan yang berupa fitnah.
Hukum hudud adalah hukum Allah SWT ianya bukan hukum ciptaan manusia dan bukan hukum daripada parti tertentu.
Allah SWT berfirman :
?????? ??????? ?????????? ????? ???????? ??????? ???? ????????? ????????????? ????????????? ???? ??????????? ???? ?????? ??? ???????? ??????? ???????? ?????? ?????????? ????????? ???????? ??????? ??????? ???? ??????????? ???????? ??????????? ??????? ???????? ???? ???????? ????????????
âDan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasikâ (Surah Al-Maaidah ayat 49).
Jelaslah berdasarkan ayat di atas ada dikalangan manusia yang cuba menimbulkan keraguan terhadap hukum-hukum Allah, dan mereka ini adalah mereka yang mengikut hawa nafsu dan akan ditimpa bala oleh Allah SWT kerana kerana dosa mereka (mempersendakan hukum hudud) dan jenis manusia seperti ini adalah orang-orang yang fasik. Allah SWT akan melaknat mereka ini dan juga para malaikat-Nya.
Sahabat yang dimuliakan,
Kita perlulah berhati-hati terdapat orang fasik kerana mereka ini nampak alim (berkopiah) tetapi hati seperti serigala. Suka buat permusuhan dengan orang-orang mukmin, bersifat sombong dan ego, suka mengadu domba dan memutuskan silaturahim. Jiwanya penuh dendam kesumat, hasad dengki, menabur fitnah kesana-sini, mendedahkan keaiban saudara muslim yang lain dan sering pembuat fitnah dan menimbulkan kebencian terhadap undang-undang Allah SWT. Mereka mengajak kepada yang mungkar dan menentang yang makruf. Sifat manusia seperti ini akan diharamkan syurga dan akan menempah neraka Jahanam berdasarkan hadis-hadis Rasulullah SAW dibawah ini .
1. Sifat sombong.
Dari Abdillah bin Mas'ud ra. bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang mempunyai sifat sombong sedikit saja di dalam hatinya tidak akan masuk syurga." Seseorang berkata, "Bagaimana halnya ihwal seseorang yang mempunyai pakaian-pakaian yang indah dan sepatu-sepatu yang indah?" Rasulullah SAW bersabda, "Allah itu indah dan Allah menyukai keindahan (Seseorang tidak disebut sombong jika ia mempercantik dirinya). Kesombongan terletak pada penolakan terhadap kebenaran dan memandang orang lain rendah."
(Hadis Riwayat Muslim)
Apabila kita merendahkan usaha-usaha murni para ulama untuk mendaulatkan hukum hudud dan menolaknya maka inilah yang dikatakan sombong.
2. Suka mencaci maki dan menghina orang muslim.
Dari Ibnu Mas'ud r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, "Mencaci maki seorang muslim adalah fasik (melanggar agama) dan memerangi seorang muslim adalah kafir."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Termasuk mencaci maki dan menyerang seorang muslim adalah menjatuhkan maruahnya, menghina , mempertikaikan dan mempersendakan kebaikan yang hendak dilaksanakan oleh seorang muslim ( dia mengajak kepada hukum taghut dan benci kepada hukum Allah SWT)
3. Suka mengadu domba
Dari Hudzaifah r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, "Tidak akan masuk syurga orang yang suka mengadu domba." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Berceramah kesana-sini, tuduh orang itu , tuduh orang ini dan mendakwa seorang muslim itu berzina dan meliwath dan tidak membawa 4 orang saksi yang adil, sebenarnya inilah ciri-ciri orang fasik dan layak mendapat hukum qazab disebat 80 rotan.
4. Suka memutuskan silturahim sesama muslim .
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim" (Hadis Riwayat Muslim)
Sentiasa bermusuhan dengan saudara muslim, sentiasa mendakwa dan menuduh orang lain tidak betul dan menganggap dirinya baik dan cerdik dan suka hendak saman di mahkamah sedangkan dirinya sendiri tidak membawa akhlak yang baik.
5. Tergelincir kata-kata mempertikaikan kebenaran hukum Islam dan menambahkan keraguan kepada orang-orang bukan Islam terhadat ajaran Islam
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, "Sungguh ada kalanya seorang hamba berbicara sepatah kata yang tidak diperhatikan maka tiba-tiba ia tergelincir ke dalam neraka oleh sebab kalimat itu, lebih jauh dari jarak antara timur dan barat."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ramai dikalangan manusia yang suka cari pengaruh dan mengejar habuan dunia dan pangkat sanggup mengeluarkan ucapan-ucapan yang jahat dan buruk, menghina dan mempersendakan Islam dan para alim ulama . Bercakap berdasarkan nafsu dan tidak langsung berfikir (percakapannya seperti orang hilang akal) . Mereka rasa seolah-olah tidak ada malaikat yang mencatat amal perbuatan dan percakapannya. Inilah jenis manusia yang menyempitkan kehidupannya dihari akhirat kerana menempahkan dirinya menjadi muflis.
6. Mendedahkan aib saudara muslim.
Dari Ibnu Umar r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, "Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim yang lain; tidak boleh menganiaya atau membiarkan dianiaya. Dan barangsiapa memenuhi hajat saudaranya maka Allah akan melaksanakan hajatnya. Dan barangsiapa membebaskan kesusahan seorang muslim maka Allah akan membebaskannya di hari kiamat. Dan barangsiapa menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sesiapa di dunia ini suka menganiaya seorang muslim atau menyokong pihak yang buat aniaya dan mendedahkan aib saudaranya maka dia akan di mendapat balasnnya di dunia dan diakhirat. Dia akan mendapat balasan Allah SWT di dunia dengan bala dan musibah dan Allah SWT akan dedahkan aibnya di dunia dan akhirat dan masukkan dirinya ke neraka.
7. Menjadi muflis di hari akhirat.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
âTahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?â
Sahabat-sahabat baginda menjawab :
âOrang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.â
Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
âSebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.â (Hadis Riwayat Muslim dan Tarmizi)
Dalam hadis yang lain dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a., bahawa Nabi SAW bersabda: "Tidak ada seseorang yang melakukan sesuatu perbuatan aniaya terhadap orang lain di dunia dengan tidak menyerah dirinya kepada orang itu untuk membalasnya, nescaya Tuhan akan menyerahkannya kepada orang itu supaya membalasnya pada hari kiamat."
(Hadis Riwayat Baihaqi)
Allah SWT tidak akan ampunkan dosa orang fasik yang memiliki 7 ciri-ciri ahli neraka seperti di atas selagi mereka tidak memohon maaf kepada orang yang dianianya dan di fitnahkan di dunia ini. Dosa dengan Allah SWT akan diampunkan-Nya apabila bertaubat tetapi bukan dosa sesama manusia.
Sahabat yang dimuliakan,
Tiap-tiap perbicaraan dibuat keputusannya oleh Tuhan yang Maha Adil dengan berdasarkan keterangan-keterangan saksi, iaitu selain daripada dua malaikat yang menulis amal seseorang maka anggotanya, hartanya, tempatnya dan masanya juga menjadi saksi .
Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Pada hari, (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang yang dahulu mereka kerjakan. Pada hari itu Allah menyempurnakan balasan yang sebenarnya bagi mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan." (Surah an-Nur ayat 24-25)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW membaca ayat ini: "Yang bermaksud: 'Pada hari itu bumi menceritakan beritanya'. Kemudian baginda bertanya:" Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti?"
Para sahabat menjawab:" Allah SWT dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui."
Baginda SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya."
Bumi akan berkata: 'Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini'. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi." (Hadis Riwayat Tirmizi).
Sekiranya seseorang itu menentang hukum hudud dan memfitnah Islam dan mengaibkan saudara muslim di Parlimen, maka Parlimen itu akan wujud sebagai saksi nanti di hari akhirat dan berkata-kata di hadapan Allah SWT bahawa sipulan bin sipulan telah menghina Islam dan hukum hudud dan menghina saudara-sauadara Islam maka ketika itu manusia tidak dapat berbohong lagi, manusia akan menyesal kerana di dunia hanya mencari populiriti dan kemegahan dan takbur .
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita bertaubat dan insaf dan sedar. Jauhilah diri kalian daripada ucapan-ucapan orang fasik dan janganlah terpengaruh dengan dakwaan-dakwaan mereka. Jika kita takut lakukan dosa dari lidah kita lebih baik kalian diam dan hanya bertawakal kepada Allah SWT. Dunia hari ini samaada berita-berita di akhbar, television dan internet jika kita tidak hati-hati banyak yang boleh merosakkan akidah kita, dan boleh jatuh syirik apabila kita pertikaikan hukum-hukum Allah SWT. Jelaslah hukum hudud adalah hukum Allah SWT ianya bukan hukum ciptaan manusia , yang mana hukum ciptaan manusia adalah hukum berdasarkan hawa nafsu.
Kredit : AbuBasyer
Home »Unlabelled » Orang Fasik Suka Mempertikaikan Hukum Hudud Akan Mendapat Laknat Allah Dunia dan Akhirat
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar